Khamis, 2 Oktober 2014

ENTAL APE2 AJE




Hari ini...saya mampu buat...

Namum ..untuk esok...saya tak pasti saya boleh...

Khamis, 5 Jun 2014

PERIBADI


Tak KACAK tak apa °-° 
sebab Lelaki memimpin bukan dengan KEKACAKAN °
Tak CANTIK tak apa °-° 
sebab Perempuan mengasihi dengan KELEMBUTAN bukan dengan KECANTIKAN ° kAN ??

Sabtu, 21 September 2013

♥- Mutiara Nasehat -♥


“Indikasi terkabulnya doa adalah semakin ringan beramal shalih, tertarik dengan segala ketaatan, selalu berhasrat untuk berbuat baik, takut balasan maksiat, dan tersentuh ketika mendengar bacaan Al-Quran, hadits, dan ilmu-ilmu lain yang bermanfaat.” 

(Raghib As-Sirjani, Risalatui ila shabab Al Ummah).

Khamis, 7 Mac 2013


LAFAZ YANG TELAH DILUPAKAN SELEPAS AKAD NIKAH

Lafaz merupakan suatu kata-kata yang diucapkan oleh seseorang bagi menyampaikan maksud yang hendak dikatakan. Dalam perkahwinan, lafaz memainkan peranan penting bagi menjayakan acara akad nikah dan juga memberikan kesan dalam hati atas apa yang diucapkan. Masa kini yakni zaman serba moden, lafaz-lafaz akujanji dan pengakuan makin ditinggalkan serta tidak dipedulikan. Lalu ia tidak memberikan kesan dan impak dalam hati seseorang yang berkahwin. Mari kita lihat dan baca antara lafaz yang baik untuk suatu majlis akad nikah.

1. LAFAZ PENYERAHAN MAS KAHWIN (DIBACA OLEH PENGANTIN LELAKI SELEPAS SELESAI AKAD NIKAH)

Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin kepada pengantin perempuan dengan membaca:

“Adalah saya (nama pengantin lelaki) suami kepada (nama pengantin perempuan) yang telah menerima tanggungjawab, dengan ini menyerahkan kepada isteriku mas kahwin (nilai mas kahwin) tunai. Oleh itu isteriku hendaklah dikau menunjukkan taat setia kepada diriku sebagai suami dan mengikut segala perintah dan nasihatku selagimana ianya tidak bercanggah dengan hukum Islam..”

Kemudian dikehendaki suami memegang ubun-ubun isteri dengan tangan kanan lalu membaca ‘Basmalah’ dan doa berikut:

“Ya Allah, aku bermohon kepadamu kebaikannya dan kebaikan yang Engkau ciptakan padanya dan aku berlindung padaMu daripada keburukannya dan keburukan yang Engkau ciptakan padanya.”

2. LAFAZ PENERIMAAN MAS KAHWIN (DIBACA OLEH PENGANTIN PEREMPUAN)

Setelah selesai penyerahan tersebut isteri hendaklah mencium tangan suami dengan berdoa di dalam hati:

“Ya Allah, jadikanlah suamiku ini suami yang soleh dan pembimbing yang baik di dunia dan akhirat..”

Kemudian barulah isteri membaca lafaz penerimaan mas kahwin:

“Adalah saya (nama pengantin perempuan), isteri kepada (nama pengantin lelaki) dengan penuh kesyukuran menerima mas kahwin ini sebagai tanda ikatan murni dan suci. Saya akan menumpukan sepenuh perhatian dan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada suamiku dan mengharapkan agar suamiku sentiasa memberi bimbingan dan nasihat serta tunjuk ajar demi kepentingan dan kebahagiaan bersama. Semoga perkahwinan ini mendapat restu dan redha dari Allah s.w.t..”

3. PENYERAHAN TANGGUNGJAWAB WALI KEPADA PENGANTIN LELAKI (DIBACA OLEH WALI KEPADA PENGANTIN PEREMPUAN)

Dilakukan oleh wali perempuan atau wakilnya dan disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak. Lafaz penyerahan tanggungjawab adalah seperti berikut :

“Adalah saya (nama wali pengantin perempuan), wali kepada nama pengantin perempuan dari saat ini menyerahkan tanggungjawab nafkah, perlindungan, keselamatan, kasih sayang dan tanggungjawab agama Islam kepada kamu (nama pengantin lelaki) sebagai suami yang sah. Semoga diberkati oleh Allah s.w.t ke atas kamu dan orang yang di bawah tanggungan kamu serta zuriat keturunan kamu. Amin..”

4. PESANAN IBU KEPADA ANAK PEREMPUAN (DIBACA OLEH IBU KEPADA PENGANTIN PEREMPUAN)

“Anakku (nama pengantin perempuan), hari ini kamu akan berpindah dari naungan dan perlindungan ayah ibu ke suatu alam yang baru di bawah naungan suamimu. Ayah ibu telah mendidik dan mengasuhmu sebaik mungkin untuk menjadikan dirimu seorang anak yang solehah. Hari ini ayah ibu mengharapkan kepadamu untuk melaksanakan segala tunjuk ajar dan nasihat ayah ibu selama ini. Jadikanlah dirimu seorang isteri yang solehah nescaya suamimu akan menjadi teman yang mesra kepadamu. Berikanlah khidmat dan ketaatanmu kepadanya dengan jujur dan ikhlas. Hendaklah kamu menjaga perkataanmu dan budi pekertimu serta tingkahlaku terhadapnya. Jagalah maruah dirimu dan jagalah maruah keluargamu. Taatilah Allah sepanjang hidupmu, semoga Allah memberikan ketabahan, keafiatan, ketenangan dan kebahagiaan kepada kamu. Ayah ibu memohon kemaafan di atas segala kesilapan dan kesalahan semasa mendidikmu..”

5. TERIMA KASIH DARI ANAK (DIBACA OLEH PENGANTIN PEREMPUAN)

“Wahai ibu ayah, budi dan jasamu selama ini tidak dapat saya balas. Hari ini saya akan berpindah dari naungan dan perlindungan ibu ayah ke suatu alam baru yang belum saya tahu. Saya memohon doa restu ibu ayah agar saya dapat menghadapi segala cabaran rumahtangga dengan sabar dan redha. Saya mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas segala bimbingan, nasihat serta kasih sayang yang tidak ternilai. Saya memohon ampun maaf di atas segala kesilapan dan kesalahan saya selama berada bersama ibu ayah. Terima kasih ibu ayah..”

Kemudian salam dan cium tangan ibu ayah.

6. LAFAZ PENERIMAAN TANGGUNGJAWAB (DIBACA OLEH PENGANTIN LELAKI)

“Dengan ini saya (nama pengantin lelaki), suami yang sah kepada (nama pengantin perempuan) bersyukur kepada Allah di atas anugerah nikmat Iman, Islam, kesihatan dan isteri serta berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan majlis akad nikah ini. Oleh itu, mulai saat ini saya menerima tanggungjawab sebagai suami kepada isteri saya (nama pengantin perempuan) dan akan berusaha dengan sebaik-baiknya untuk menjalankan tugas sebagai suami seperti berikut :

1. Memberi nafkah zahir dan batin.
2. Penjagaan dan perlindungan yang sempurna.
3. Keselamatan yang terjamin.
4. Memberi bimbingan dan panduan ke jalan yang diredhai Allah.

Saya mengharapkan doa restu dari semua pihak terutama ibu bapa tersayang dan ibu bapa mertua saya. Semoga perkahwinan ini mendapat restu dan redha Allah..”

Moga pasangan yang akan bernikah selepas ini dapat mengamalkan lafaz-lafaz di atas agar ia memberikan kesan atas setiap individu yang berjanji akan tugas dan tanggungjawab mereka di alam rumahtangga.

Rabu, 7 Mac 2012

~   Dalam BAHAGIA Allah menyisipkan DUKA..
Agar kita tahu ada hikmah di sebalik sekaan air mata..

~   Dalam HARAP Allah menyisipkan RESAH..
Agar kita sedar untuk mengiringi doa dengan sepenuh pasrah..

~   Dalam JUANG pun Allah meletakkan LELAH..
Agar kita ingat betapa mahalnya istiqomah..

~   Belajarlah MENGHARGAI sekeping hati..
Kerana hati yang apabila DILUKAI, akan menjerit SAKIT..
Biarpun lukanya TIDAK BERDARAH, namun PARUTNYA pasti KEKAL parah..

~   Namun, BERSYUKURLAH andai memiliki hati yang sering dilukai, 
Kerana melaluinya kita BELAJAR menjadi seorang yang lebih TABAH, 
Lalu lebih MEMAHAMI, lagi MENGERTI & tahu MENGHARGAI

Isnin, 27 Februari 2012

JENIS-JENIS ZAKAT


1. ZAKAT PENDAPATAN


Ia termasuk semua jenis hasil pendapatan-gaji, upah, bonus, dividen, hasil sewaan, royalti, hibah, elaun, honorarium, pencen, perniagaan bermusim dan lain-lain perolehan semasa hidup, bersara  atau mati.


2. ZAKAT PERNIAGAAN


Zakat ini dibayar sebanyak 2.5% daripada harta perniagaan yang layak untuk dizakatkan tertakluk kepada nisab.


3. ZAKAT WANG SIMPANAN


Zakat dikenakan daripada jumlah baki terendah, dalam tempoh setahun simpanan setelah cukup nisab dan haul dengan menyamai atau melebihi nisab. Wang tersebut disimpan dalam akaun simpanan tetap, ASB,Simpanan Semasa dan lain-lain bentuk simpanan di bank atau mana-mana intitusi kewangan.


4. ZAKAT SAHAM


Pengiraan zakat ke atas saham terbahagi kepada 2:


a. Kumpulan saham yang dimiliki melebihi setahun
b. Saham yang dijual beli untuk tempoh kurang dari setahun.


Manakala saham pelaburan jangka panjang (melebihi setahun), zakat dikira daripada jumlah lot yang dipegang dan didarab dengan harga terendah bagi seunit. Saham yang disimpan pada syarikat yang membayar zakat perniagaan tidak perlu dizakatkan.


5. ZAKAT SIMPANAN KWSP


Caruman KWSP, wajib dizakatkan apabila simpanan tersebut dikeluarkan yang berkonsepkan zakat simpanan atau mata wang.


6. ZAKAT EMAS


Zakat ini dikira dalam dua keadaan:


a. Emas yang tidak dipakai (disimpan) dalam tempoh setahun dan jika dinilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85 gram (nisab) maka wajib zakat sebanyak 2.5%.


b. Bagi emas yang dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dizakatkan. (Dalam bab ni kalian tanya ustazlah, apa maksud dipakai sekali?)


7. ZAKAT PERAK


Berdasarkan hukum syarak, perak termasuk dalam kategori jenis-jenis harta yang dikenakan zakat. Ia terdiri daripada barang yang digunakan leh manusia seperti jongkong perak, mata wang perak, perkakas atau perhiasan daripada perak dan barang kemas perak. Ulama menetapkan nisab perak sebanyak 200 dirham bersamaan 595 gram.


8. ZAKAT PERTANIAN


Zakat hendaklah dibayar mengikut peratus penghasilan jika bijirin dan buah-buahan cukup nisab. Kadar peratus pembayaran bergantung pada cara penghasilan. Hasil tanaman wajib dizakatkan ialah bijirain-bijirin daripada jenis makanan ASASI yang mengenyangkan dan tahan lama seperti beras, kurma, jagung, gandum dan sebagainyaa.


9. ZAKAT TERNAKAN


Zakat wajib dikeluarkan jika memenuhi syarat-syarat iaitu haiwan ternakan terdiri daripada kambing, biri-biri, lembu, kerbau dan unta. Haiwan yang dizakatkan perlu sempurna dan tidak cacat seperti hilang kaki atau tangan dan sebagainya.

RAHSIA SURAH AL - KAUTHSAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini  sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.