Selasa, 27 September 2011

DOA SELEPAS SOLAT

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.(sumberdoa harian)

Ahad, 25 September 2011

TUJUH HAL PENTING !!!

Barang siapa yang menghafal tujuh kalimat,
ia dipandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta

diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di laut.

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan

sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan

sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terungkap perkataan

yang tidak patut.

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu

di hari esok.

5. Mengucap La haula wala quwwata illa billah jika

menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika

menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah

sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya

dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau

lambat-lambat mudah mudahan selalu, walau sambil lalu

mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa.